Tuesday, May 3, 2011

Water and Bridges - 2.

Dimatikannya radio dan dicapainya mp3 batu Zen warna hijau ala-ala krim itu. Aku pandang pelik. Apa yang dia nak buat?

Tanpa bicara, dia pasang satu lagu, dan beri pada aku mp3 tu. Aku pun peganglah, sambil arah seluruh fokus pada lirik lagu tu. 

Even now - Dashboard Confessional.

Tergelak aja aku dengar lirik dia. Kelakar, sebab aku terasa. Haha. Aku terus dengar, sampai habis. Tersentuh hati. Lelaki ni.. ini yang dia fikir?Aku..terharu sangat. Sambil aku tenggelam dalam perasaaan, dia hanya senyap, membiarkan lagu tu ambik alih atmosfera ketika itu. Lepas habis, oh, ada lagi satu lagu. Aku tambah pelik. Ada lagi?

Water and Bridges - Dashboard Confessional.
Berkumandang lagu tu, tak susah untuk aku faham hasrat hati dia, apa yang dia cuba sampaikan. Makin terharu aku. Dia..percaya aku. Dia mahu aku. Dia..mahu aku! Aku tersenyum, dalam sebak yang aku cuba sembunyi. Waktu tu aku tak terkata. Berat sungguh emosi yang ada di atmosfera ketika itu. Walau diulang-ulang cuma liriknya lepas tu, masih, aku dengar sampai ke penghabisan lagu. 

"Ooh save me from the grey life, i'll pay the price with my soul..Oo save me.. " Aku..terkedu. Bercampur-campur rasa.

"Dahlah tu." Akhirnya aku akur, aku matikan dan aku beri balik pada dia. Dia cuma pandang aku, oh mata dia..

[selepas hampir setahun]

Sekarang? Aku cuma mampu imbas balik dengan rasa kesal. Terlalu banyak rentetan peristiwa yang akhirnya buat dia..
hilang percaya.

Sekarang, aku terpaksa redhakan jelah. Sambil aku masih cuba, mencuba. Dan masih cuba, mencari jalan.

No comments:

Post a Comment