Monday, October 10, 2011

Sentiasa mengena.

Setiap kali, setiap baris ayat buat mata aku makin berlari laju ke baris ayat seterusnya. Tak pernah gagal buat aku terbayang semua salah silap aku dan sedar langit tinggi rendah.

Setiap kali. 

Dan melihat susuk kecil dia di depan mata, aku terpaku, betul. Bukan kerana aku lihat dia macam artis atau macam apa, tapi sebab dia..sangat biasa.

Orang biasa.

Sangat biasa.

Tengok dia depan mata, aku tak nampak dia, tapi aku nampak tulisan-tulisan dia. Aku tengok dia, perasaannya lebih kurang macam, kawan. 

Mungkin aku boleh jadi antara yang berebut-rebut pergi dekat dia, tegur, berbual, melaungkan pujian, ucapan terima kasih dsb, tapi di situ, aku terus tinggal memandang dari jauh sahaja. Antara banyak-banyak orang, aku taknak jadi orang yang  nampak macam pandang dia macam 'itu'. 

Sebab aku ingin mampir sebagai sa-orang kawan.
Tapi entah bila.
Atau, entah akan langsung ada atau tidak.



1 comment: