Sunday, April 8, 2012

Menulis/tulisan, punya perspektif yang berbeza. Ikutlah, sisi mana yang kau mau tampilkan.
Makanya,  berbicara soal perspektif, melukis/lukisan juga punya perspektif yang berbeza. Bezanya, pada pendapat aku yang langsung tidak pakar/yang baru hendak bermula - melukis kau tak boleh pilih dari perspektif yang bagaimana. Maksud aku, kau tak boleh lukis macam mana yang orang lain lukis. Mungkin. 

Penulis yang baru-baru menulis pun mungkin sudah boleh datang dengan hasil yang wow. Walaupun dia mungkin cuba melihat daripada perspektif orang lain. Bereksperimen.

Di sini aku cuba kaitkan pula dengan pelukis. Seseorang, boleh ke, melukis sesuatu daripada perspektif pelukis yang lainnya? Apa yang ada di dalam kepalanya sendiri sudah cukup abstrak, lagi-lagi kalau pelukis yang bersifat/punya gaya abstract expressionism.

Bukan bermaksud penulis tidak punya ciri abstract expressionism.

Ah, aku makin keliru di sini. Sebab sudah nyata ada perkaitan yang agak rapat antara menulis dan melukis/mewarna. 

Kau boleh tiru, tapi kau tak boleh tiru jiwanya, hasil satu-satu seni itu.
Tak kiralah lukisan ke tulisan ke.
-

Perspektif. 

Perspektif.

Memang ini yang mengganggu kepala aku sejak Khamis yang lepas. Sejak aku ikut serta sesi kelas beberapa kenalan aku daripada kelas Fine Art. 

Memang jelas, yang menggayakan setiap hasil mereka adalah perspektif mereka.

Perspektif. 

*pening*

Nasib baik aku tak ikut mereka dalam kelas Figure Drawing. Lagi pening gamaknya aku nanti.
Amazing kan, seni? Bagaimana manusia itu melahirkan kreativiti dari dalam tengkoraknya terus lahir melalui tangannya.

Indah, indah.

Manusia ni memang indah.

6 comments:

  1. kalau begitu, istilah plagiarism dalam seni itu tidak mungkin wujud.

    hmm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. plagiarism zahir mungkin;

      tapi bukan soul-nya.

      tak gitu?

      tapi masih dunia takrifkan itu sebagai..ya, plagiarism.

      Delete
    2. mungkin.

      manusia suka hidup dalam bayang-bayang kegilaannya, tokohnya, idolanya.

      awak?

      Delete
    3. bayang-bayang eh..

      rugilah, kalau berpayungkan bayang-bayang, je.

      :)

      Delete
  2. nak tahu,

    saya berpendapat, tiada satu pun yang asli sekarang. walau jiwa.
    yang asli cuma bapa manusia. adam.

    yang lain adalah tiruan-tiruan watak terdahulu.
    ataupun tiruan-tiruan terhadap kegilaannya.

    yang awak sebut mungkin, tiruan yang tak dapat diketahui apa sumber inspirasinya.

    *tiruan tidak sama dengan asli.jadi istilah plagiarism pun satu yang ironi. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..kita adalah fikiran-fikiran yang dikitar semula. setiap satunya datang dari..collective unconscious, mungkin. Ah-ha.

      Delete