Saturday, November 17, 2012

Jodoh

Botol
Ketika aku sedang kelam kabut ke tempat kerja
Jam pukul 6.55 pagi
Abang guard sengih sumbing
Malu-malu ucapkan selamat pagi

Botol
Terjatuh
Menyumpah aku menyumpah
Botol hijau kegemaran sudah sumbing

Di pantri
Aku malu-malu telan nasi lemak
Perut sebu kerana semalam
Sambil kau di sebelah 

Tiba-tiba kau bersuara
"Kenapa botol tu?"
Itu kali pertama kita bersapa mesra
Seingat kita 
Sambil merenung senja di anjung rumah

No comments:

Post a Comment