Novel Ramlee Awang Murshid kali ni nyata berbeza dari 4 novel yang sebelumnya; kisah seputar Haryani - Saifudin - Dani - Ratna - Catalina - Luna. Dah Baru habis baca minggu lepas.
Kali ni huraian watak nampak lagi jelas, tidak lagi berpaksikan too-good-to-be-true. Saifudin lagi nampak manusianya, Luna lagi nampak kelemahannya yang tidak jauh beza dari manusia walaupun dia dari bangsa Polip.
Juga Taghut. Kali ini pembaca lagi faham dan nampak siapa Taghut asalannya; dia juga manusia. Dia juga seorang yang punya rasa cinta, juga rasa kasihan.
Walaupun tak sampai 700-800 mukasurat; cuma 457 mukasurat, tapi tumpuan yang dituntut untuk betul-betul hadam kesemua situasi dan rasa, tak termasuk yang tersirat lagi - betul-betul mencabar. Aku mengaku, aku banyak kali terpaksa mengulang baca beberapa baris ayat; tak termasuk rasa nak baca balik Hijab Sang Pencinta dengan Cinta Sang Ratu sebab terlalu banyak sangat perkaitan kejadian, perincian yang menuntut balik penceritaan di novel-novel terdahulu.
Kalau setakat baca nak bagi habis, tak cukup. Siapa-siapa yang follow karya Laksamana Sunan ni mesti, harus, membaca dengan jiwa sekali; yakni menghadirkan diri dengan setiap peralihan zaman.
Mungkin simple je pun jalan ceritanya, tapi dengan gaya bahasa yang macam tu, tema yang macam tu, budak zaman moden mana yang tak tertarik nak baca?
Sebab RAM lah yang buat aku rasa nak refresh ilmu sejarah tanah melayu, belajar sejarah dunia, belajar ilmu ghaib, ilmu persilatan. Plus, dengan akhlak Sunan yang baik tahap tak ingat tu, serius, lepas habis baca, aku insaf sikit demi sikit.
Mana yang terlupa, hadir balik.
Mana yang ditinggalkan, dikerjakan balik.
Mana yang pernah jadi rutin, dicuba sebatikan balik.
Dengan 457 muka surat tulah, yang ajar aku dari ilmu sejarah sampailah ilmu ketuhanan.
Dari 2005 sampai 2011,
I heart you Laksamana Sunan.
ps; yeah. Ramai fanatik Saifudin. Aku antara ye dengan tak je.
No comments:
Post a Comment