Ada sebab kenapa aku buat blog yang kedua ni.
Dan ada sebab kenapa orang letak Siapa? antara blog-harus-lawat.
Dan ada sebab kenapa aku selalu kena writer's block bila nak update Siapa? tentang benda-benda yang..remeh.
Aku janji nak update tengahari ni.
Tentang apa yang aku rasa.
Segalanya berputar sekitar aku, menerawang bergelandangan. Entah di mana, entah bila, entah bagaimana; semuanya macam tersekat.
Segala yang berputar ni, aku mahu keluarkan.
Dulunya, aku bebas keluarkan semuanya. Semua-
Tapi sekarang, akhirnya ia jadi, sekadar apa yang aku rasa.
Kerna hidup, tak sama macam setahun yang lepas.
;
Wanita yang bijak, tahu bawa diri, berdikari. Matang. Beragama.
Tanpa traits ini, cantik tiada makna.
No comments:
Post a Comment