Wednesday, October 26, 2011

Kita terperangkap dengan norma masyarakat yang mesti itu dan mesti macam ini. Mungkin ya, kadang-kadang keperluan juga untuk menghala kepada persepsi atau norma masyarakat; aku contoh yang tidak berani keluar dari budaya atau persepsi atau norma masyarakat. 

Kadang-kadang ya, aku keluar dari budaya masyarakat; buat benda-benda yang orang lain nampak pelik, benda yang orang lain tak buat Tapi masih, aku keluar berasal dari persekitaran yang tipikal. Tanggapan-tanggapan minda yang tipikal. Aku hormat orang-orang yang lagi bernasib baik dari aku, yang keluar secara natural dari persepsi, kerana bijak pemikirannya sendiri; atau semudah hanya kerana persekitaran mereka yang membentuk mereka untuk tidak turut sama tipikal.

Masa lampau setiap orang amat penting untuk aku tahu dan faham, kerana apa yang menjadikan dia yang sekarang ini bergantung amat berat kepada faktor yang sebelumnya.

Masih banyak yang aku tidak dapat; ya aku hanya manusia biasa. Mencuba terlalu keras, mungkin, untuk keluar dari kelompok persepsi masyarakat; melihat daripada perspektif yang berbeza. Setiap hari umpama, oh, sememangnya,  pengajaran langsung dari tuhan. Setiap apa yang aku rasa satu predefined perception oleh masyarakat; aku cuba oppose.

Apa yang berbeza, itu yang aku cuba.
Apa yang lain, itu apa yang tertarik.
Apa yang ditolak tepi, jauh-jauh oleh orang lain; itu yang aku akan ambik, mendekat, mengenal.

Tapi semua ini bukan untuk mengelaskan hasil sesuatu, atau kata mudahnya; generalizing. Atau, membina tanggapan.

Kalau pengakhirnya tanggapan, maka sama sajalah macam mewujudkan kembali yang tipikal.

koma


Macam sekarang, aku berada dalam satu sistem yang perlu aku ikut. Aku mesti pergi pada A, kemudian B, kemudian C, kemudian D. Dan akhirnya E, mungkin aku baru boleh keluar dari sistem. Proses yang lama, aku tak tahu kalau aku sempat?

Jadi aku takut kalau semasa aku sedang hanyut dalam melalui fasa demi fasa, aku kehilangan perkara-perkara yang sebenar-benarnya penting bagi aku; perkara-perkara yang buat aku rasa hidup, buat aku rasa aku ada tujuan untuk hidup, atau mungkin, rasa bernafas.

Kerana sekarang, bernafas pun aku sudah rasa seolah sesuatu yang artificial. Dan terperangkap dalam badan yang terbentuk oleh persepsi luaran; bukan kerana pemikiran sendiri.

Harus di mana lagi tinggal original itu? Umur dan ketepatan tingkah laku mungkin tak sesuai sekarang ni, tak kena pada tempatnya; tapi,

Tapi.
Kembali pada yang asal.
Semua berbalik kepada Dia.

No comments:

Post a Comment