Subuh tadi disambut dengan gerimis hujan yang sayup-sayup kedengaran pada telinga.
Hati tenang, damai. Bila ditenangkan sedemikian rupa oleh alam.
Sampai sekarang, masih, hujan gerimis turun satu-satu lantas membawa hati perlahan-lahan, memujuk, supaya kuat.
Tiada apa yang perlu ditakutkan, tenang saja.
Itu namanya makin dewasa, bila tuhan uji dengan rahmatnya.
Usah lari terlalu lama, hakikat kejadian usahlah ditidakkan lagi.
Hadapi saja.
Kata mahu dewasa. Nah, inilah.
No comments:
Post a Comment