Tuesday, November 15, 2011

This is far more worse than i thought.

Lagi deep, jauh, ke dalam; gelap.

Kelam.

Apa lagi yang aku boleh terangkan dengan kata-kata? Tak ada.

Ini bukan apa yang aku sangkakan sebelum ni. Apa yang aku faham sebelum ni hanya pada permukaan. Telahan kasar, kefahaman kasar. Terlalu umum.

Tapi apa yang sebenarnya berlaku terlalu gelap.
Terlampau suram, kelam, yang amat.
Sampai aku rasa tangan aku tak sampai nak hulur--
TAK.
Bukan.
Sampai aku rasa aku takut, takut tak termampu nak bantu.

Sebab apa yang aku nampak terlalu gelap, jauh ke dalam.
Terlampau dalam.

Setahun yang lepas, aku ingat lagi, aku nampak benda yang sama dengan apa yang aku nampak sekarang ni. 

Jauh, terlalu dalam, kelam, suram.
Nazak.

Hilang semua jiwang karat aku.
Pergi mampus dengan rindu aku.
That dying soul needs help.

Apa yang aku takut, tak ada siapa tertolong.
Aku tahu, Tuhan akan hantar satu jiwa yang betul Dia cipta untuk mampu membantu.

Kenapa bukan aku?
Kenapa aku yang nampak?
Kenapa bukan orang yang boleh ubat dia yang nampak?
Kenapa mesti aku?
Kalau aku kenapa aku tak mampu?
Atau aku aja yang rasa aku tak mampu padahal aku mampu?

Pergi mampus dengan tidur tak lena, dengan mimpi tiap-tiap malam, mengigau kerinduan. Semua tu buat aku rasa jijik dengan diri sendiri.

Rasa tak guna.

Soul di sana nazak, kau di sini menjerit-jerit kerinduan? Apahal?
Ada apa dalam kepala kau?

Dalam sekelip mata sekeliling aku rasa berbeza.
Semuanya kelam, gelap, suram.
Langsung tiada pengharapan.

Siapa yang akan mendengar jeritan terpekik terlolong jiwa yang makin mati tu?
Siapa yang akan BAIK HATI mahu berkorban jiwa dan raga bantu, selami hati mati tu?

Aku selalu marah, marah dengan diri sendiri, marah dengan semua orang.
Kau orang normal, kau orang serba boleh,
KENAPA TAK MAHU BANTU.

SEBAB ITU,
Sebab itu.
Aku menangis dalam hati sebab aku tahu aku tak mampu tolong.
Aku tahu aku bagi pengharapan menggunung bila aku ada dekat situ, menemani, tak akan tinggalkan keseorangan.
Tapi dalam hati aku menangis,
kerana satu hari,
aku tahu aku akan jadi mengecewakan.
Sebab itu.
Sebab itu aku teman, 
aku tak akan berganjak.
Aku tak akan tinggalkan.
Sebab sesungguhnya itu yang paling mampu yang aku mampu buat.
Apa yang aku ada,
aku cuba bagi.
Sebab aku rasa bersalah, sebab aku tak tahu menyenangkan hati,
aku cuma tahu menemani dan memahami dan sentiasa ada di sisi.

Aku masih belajar, aku masih cuba jadi macam orang lain yang pandai menyenangkan hati.


Sebab aku rasa terlampau bersalah sebab aku tak mampu menyenangkan hati,
padahal aku tahu jiwa itu sedang nazak.

Sebab itu.
Sebab itu.

No comments:

Post a Comment