Aku, persiapkan diri untuk bertemu tuhan
Sebagai hamba-Nya yang celik ilmu
Yang
Sudah melalui pencerahan.
Selagi belum
Aku harap dipinjamkan masa
Untuk tidak mati tiba-tiba sebelum maut.
Aku mahu,
tampak cantik di mata-Nya.
Bahawa
Aku persiapkan bekal
Untuk bertemu
Dengan Ya-Rabb ku.
Dengan semua sekali bekalan ganti-rugi,
tebus-dosa,
Kerana aku manusia yang sempurna
Datang sekali, kembali semula
Dengan pakej yang lengkap
Aku lah yang sempurna;
Sempurna indah diciptakan,
Sempurna cacat saat kembali.
Aku, manusia sempurna.
No comments:
Post a Comment