Dear roommate, jangan tersaiko dengan saya. Saya tahu apa yang saya buat, dan kebanyakan benda yang saya buat, bukan dalam bilik ni.
Masing-masing punya cara sendiri. Saya kira, kamu kenal cara kamu, bukan? Saya kadang-kadang beralih kepada buku-buku saya kerana saya sekadar mahu berasa hidup sebentar - atau rileks.
Kamu hardworking orangnya, begitu juga saya. Cumanya beza kita - saya..terlalu rileks. Tenang.
Saya tahu kamu stress tahu-tahu kerja saya dah lama siap, padahal entah bila lah saya buat. Atau, kadang-kadang saya terlalu ambil masa untuk research, dan kamu ambil masa siapkan laporan. Tup-tup - saya siap dahulu.
Jangan begitu, saya memang begini. Macam yang saya cakap, saya tahu apa yang saya buat. Kamu yakin aja, ya?
No comments:
Post a Comment