Monday, December 26, 2011


Masa yang ada masih belum bijak digunakan, saya sudah mahu pinjam masa depan dengan menundakan segala-galanya ke masa depan.

"Nantilah."

Pokoknya bila? Saya harus berterima kasih kepada semua sahabat saya yang sentiasa mengingatkan saya; mereka semua adalah cermin-cermin saya. Saya jarang ketemu mereka, makanya seiring masa berlalu, saya hanyut dalam hidup; atas alasan ingin salah dan belajar - masalahnya saya bergurukan syaitan. Bukannya sejarah. Masa lalu. Masa lampau; sendiri, orang lain.

Pada umur sebegini,  apa yang terberhenti dahulu, tertinggal entah dimana-mana, saya terjumpa kembali. Jauh mana saya lari dan sesat dan hanyut; sampai masanya, perlahan-lahan, saya kembali atas laluan takdir.

No comments:

Post a Comment