Tuesday, November 8, 2011

Sabar itu berbayar, insyaAllah. Tunggu saja, kalau begitu juga pengakhirannya, then saya rasa mungkin saya..ehem.

Apa yang terdetik dalam hati tak dapat dikawal. Apalagi kalau berbalutkan amarah dan dendam. Itu yang paling saya takut.

Tidak mengapalah, kalau begitu kejadiannya. Saya tahu tahap sabar saya tinggi mana, bukan rendah mana. Lagi-lagi lepas apa yang jadi minggu lepas dan bagaimana semua orang bersatu untuk pura-pura ia tidak pernah terjadi. Okay, itu kisah lain.

Saya mungkin sangat penyabar orangnya, tapi bukan sangat jujur.
Kebanyakan masanya saya masih egoistik, walaupun dengan diri sendiri.
Mungkin kerana saya selalu fikir yang saya ini perempuan, tidak harus terhegeh-hegeh? Ataupun simply kerana saya ini indirectass walaupun dengan diri sendiri.

Atau mungkin kerana saya menghargai halusnya seni seorang wanita dalam menzahirkan perasaannya.

Period hitam saya sudah berlalu, walaupun itu menyatakan bahawa ada sudut gelap dalam diri saya yang dikunci supaya tidak timbul tapi saya sendiri yang benarkannya keluar makanya..terjadilah. Itu pilihan saya dan menjadikan saya sepertinya apa yang wujud pada mata-mata yang memandang.

Itu sudah terjadi. Semua sudah terjadi.
Saya sudah faham mesej yang ingin disampaikan.
Mungkin ini masanya untuk mengubat hati yang lara.
Dan kemudian, kembali seperti biasa seperti seorang teman.
:]

No comments:

Post a Comment